
Sulit
3 tahun
Period 7 hari..stop 3 hari..then period semula..adakan normal?
saya telah period pada 21/9 dan stop period 28/9…kemudian selepas 4 hari period datang semula seperti period biasa…berwarna merah tapi tak terlalu banyak dan tak terlalu sedikit…normal ke yer? apa patut saya buat yer…ini kali pertama saya kena begini…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, pendarahan seperti haid biasa selepas 3 hari period anda, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Kegemukan (BMI melebihi 25)
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, polip dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.