
Sulit
4 tahun
Period, Anemia & Talasimia
Is it normal if tempoh setiap bulan period, 4 to 7 days? Anyway, dulu i ada anemia. Adakah kemungkinan boleh terjadi i terkena talasimia pada masa akan datang? Sebab my doctor dulu check my result of talasimia memang negative (-). Just positive (+) anemia sahaja. One more question, my baby akan dilahirkan secara normal ke walaupun i ada anemia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, kitaran haid yang normal adalah selama 28 hingga 35 hari manakala haid kebiasaannya berlansung selama 4 hingga 10 hari. Maka, tempoh haid anda adalah normal.
Bagi masalah anemia, jika anda masih lagi mengalami sel darah merah yang rendah, anda harus memaklumkan kepada doktor sakit puan anda agar mereka boleh membuat persediaan dan rawatan sepatutnya.
Selain itu, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang keputusan ujian talasemia anda. Secara amnya, jika ia negatif, maka anda tidak mempunyai talasemia. Oleh itu, tiada risiko talasemia pada anda sepanjang hidup anda. Namun, kami tidak boleh mengulas tentang status talasemia anda tanpa melihat keputusan yang sebenar. Hal ini kerana, kebanyakan pesakit boleh memberi maklumat yang kurang difahami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.