
Anonymous
5 tahun
Period atau spotting tanda hamil?
Sy berumur 27 tahun… baru dtg period semalam dan hari ini sy kena mkn ubat kesuburan telur (clomiphene citrate)…tapi masalahnya period saya kluar sikit sgt dan berwarna coklat…adakan itu tanda2 awal kehamilan, maybe spotting, atau period biasa? boleh ke sy teruskan makan ubat tu sebab gynae adviced ambil hari kedua period utk induce ovulation… saya risau jika ambil clomid ketika hamil akan memudaratkan… appreciate your advice

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, efek pengambilan Clomiphene Citrate terhadap janin adalah berisiko tinggi. Justeru, seeloknya anda memeriksa status kehamilan anda terlebih dahulu.
Status kehamilan anda boleh diperiksa dan dipastikan dengan menggunakan alat pemeriksaan sederhana yang boleh dibeli di farmasi seperti urine pregnancy test (UPT). Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.