
ceceliabellarmine
5 tahun
Period awal 2 minggu dan pendarahan sedikit
saya wanita berumur 35 thn… waktu period sepatutnya 18hb. kerana bulan 9, period saya 18/9…tpi bulan ni saya mula pendarahan 1/10…saya fikir itu mungkin period… tapi sampai sekarang 7/10 pendarahan itu masih… tapi tidak banyak… sekejap ada dan sekejap ada keluar berketul darah… dalam masa yg sama saya mengalami sakit yang teramat sangat di bahagian bawah pusat sampai k belakang saya… saya dah jumpa. dokter, dokter cakap urin kencing saya tinggi dan kecing saya kotor… saya diberi ubat antibiotik, cuci air kencing dan ubat tahan sakit… masalah yg timbul sekarang…walaupun dah makan ubat… bahagia di bawah pusat smpai k belakang saya masih juga sakit… dan pendarahan pun sedikit2… saya harap dokter boleh bantu saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak teratur dan sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis
- Batu karang
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.