
ieyahyayaj
6 tahun
Period Awal 5 hari dari date? Normal?
Saya wanita 23tahun , saya nak bertanya adakah normal period awal 5hari dari date sepatotnye sy period? dan darah yg keluar coklat2 bukan macam darah period… tapi hari pertama spotting je hari kedua still coklat2 tapi banyak sedikit … Bawah perut sakit pingang sakit . Adakah pregnant ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur..Antaranya:
- Tekanan Emosi
- Ubat-ubatan (Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon)
- masalah perubatan seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.