Sulit
5 tahun
Period awal dua hari
Kenapa period sy keluar awal tetapi darahnya keluar sedikit , adakah ini tanda awal kehamilan … Sebelum ini sy pernah keguguran … Sy taknak apa² berlaku itu sebab sy minta pendapat doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haidyang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, sekiranya haid anda adalah dalam 24 hari, maka haid anda masih dalam kitaran normal.
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























