
Anonymous
5 tahun
Period banyak melebihi 14 hari
Saya berumur 24 tahun, kitaran haid sy stabil sebelum ini, namun dulu sy pernah mengalami masalah tempoh haid terlalu lama dan di rawat di hospital. Sy diberitahu doc sy mengalami masalah hormon. Dan diberikan ubat. Dan haid sy kembali normal. Namun selepas 8 tahun, baru-baru ini ianya terjadi lagi. Untuk pengetahuan doc, sy baru shj berkahwin dan sy ingin tahu adakah masalah ini normal atau sy perlu ke hospital untuk rawatan lanjut? Dan adakah peluang untuk sy dpt kan anak akn jd sukar?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana haid melebihi tujuh hari adalah gejala yang tidak normal dan tentang peluang dapat anak,ia memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikan serta ujian darah dan imbasan ultrasound. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih