
Sulit
4 tahun
Period berhenti tiba-tiba
Hi doc. Sy wanita dalam 20’an dan telah berkahwin. Period yg sy alami tiba² berhenti setelah 5 hari. Kebiasaannya tempoh haid sy adalah dalam 10 hingga 12 hari dan alami senggugut. Sy juga akan mgalami sakit perut sminggu sebelum dtg haid. Bulan lepas period sy pada 23/9. Namun bulan ini lewat hanya 2 hari. Pada 25/10 hingga 29/10, darah haid tersebut telah berhenti (5 hari). Pada hari pertama dan kedua, darah yg keluar brwarana merah dan hari ketiga hingga lima, darah keluar warna kelabu/coklat. Seingat sy, menjelang lewat petang 29/10 darah sudah tidak lagi keluar. Bolehkah doc jelaskan msalah kesihatan yg sy hadapi atau adakah ini perkara biasa yg berlaku. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang pendek.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang biasa adalah 5-7 hari, namun ianya tetap berbeza mengikut individu. Sekiranya tempoh haid anda sebelum ini adalah 10 hari dan ia menjadi 5 hari, mungkin ada sesuatu yang telah menggangu haid anda. Antara sebab haid menjadi pendek adalah:
Mengandung : boleh jadi pendarahan yang anda berlaku adalah darah implantasi. Hal ini berlaku apabila janin mula melekat di dinding rahim dan pendarahan akan berlaku biasanya selepas dua minggu hubungan seksual. Pendarahan ini adalah lebih sekejap dan lebih pendek daripada haid, dan warna pendarahan ini boleh bertukar menjadi coklat.
Sindrom menapaus awal
Kitaran haid yang terganggu akibat hormon tidak stabil
PCOS
Endometriosis
Bagi cairan coklat pula, cecair coklat yang dialami anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi mengetahui keadaan sebenar anda, anda boleh merujuk kepada doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid pendek ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!