
Sulit
4 tahun
Period berkepanjangan
Salam doc, saya wanita umur 23th. Saya mengalami period yang lama (4minggu). 10hb ogos saya ada pergi jakarta dan injection disana ambik yg 1bulan (cyclofem). 5hb September sehingga kini period saya tak kunjung berhenti. Adakah saya harus pergi jumpa doc atau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal berlaku selepas mengambil ubat ini lebih-lebih lagi pada permulaan suntikan. Sesetengah wanita akan mengalami haid tidak teratur samada haid berlebihan/berkurangan/berhenti sama sekali.
Sekiranya anda tidak selesa dengan kesan sampingan yang anda hadapi, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.