
Sulit
5 tahun
Period berketul-ketul dan darah keluar banyak
saya wanita berumur 30 tahun.since setahun dah saya tak period.peredaran period saya memang tak menentu sejak sekolah menengah.kejap ade period kejap tak ada.berat saya 125kg dan tinggi 173cm.dah seminggu lebih saya pening diwaktu malam then 3 hari lepas period saya keluar dgn bnyk disertai ketulan yg besar.hanya mlm tuh je yg period keluar.then tak kuar pula period tp bila mlm sys mesti pening kepala.after 3 hri period keluar dgn bnyk sertai ketulan darah yg besar2.kali ni perut rase perit dan pening yang teramat sgt.help me doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pendarahan banyak semasa haid (“menorrhagia”) sebenarnya merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai wanita. Pendarahan ketika haid dianggap banyak sekiranya ia berlangsung selama >7 hari, menyebabkan tuala wanita anda dipenuhi darah setiap 1 jam selama beberapa jam, memakai >1 pad untuk mengelakkan limpahan, perlu menukar pad pada waktu malam dan pelepasan ketulan darah beku lebih besar daripada syiling bersaiz 20 sen. Kehilangan darah yang berlebihan boleh mengakibatkan anemia jenis kekurangan zat besi dan seterusnya boleh menjejaskan jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat.
Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan “menorrhagia” seperti:
- Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
- Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.