
Sulit
5 tahun
Period berlarutan dalam masa 2-3 bulan
Saya wanita yg sudah berkahwin. Anak berumur 1t4b, period sekarang jadi tak teratur. Sy tak tahu itu period or apa sbb selalu keluar. Kering 5 hari dtg balik. Mohon untuk bantu apa yg patut sy buat, apa saya mempunyai sakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Makan, nasihat saya, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya dengan mengetahui punca sebenar masalah anda, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juaga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.