
Sulit
5 tahun
Period bermasalah dan tidak berhenti selama 3 minggu
Pada October saya telah datang period secara normal (6hb-12hb). Kemudian saya telah datang period kali kedua pada 18/10 sehingga sekarang (5/11). Pada awalnya darah kehitaman, saya sakit bahagian rahim selama seminggu. kemudian darah bertukar warna merah sangat banyak. Sehingga sekarang darah masih ada kelihatan berketul-ketul walaupun kadang-kadang ada tanda mahu berhenti namun sebenarnya tidak. Untuk saya datang period kali kedua dan secara lama tidak pernah terjadi sebelum ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - jika mempunyai faktor risiko
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan - seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.