Sulit
4 tahun
Period berpanjangan (bleeding)
hi saya berumur 24 tahun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. saya telah mengalami period yang berpanjangan lebih daripada 14 hari. pada april 2017 saya telah mengalami masalah yang sama yang mana saya pernah dimasukkan ke dalam wad kerana kekurangan sel darah merah dan terpaksa menerima darah. pada awalnya saya telah memasuki satu club bina badan (gym) dan telah mengambil 1 ubat yang dipanggil (pil hormon cina) untuk mendapatkan badan idaman saya. setelah saya mengamalkan pil berkenaan saya mendapati pil berkenaan telah mengganggu kitaran haid saya. apabila saya berhenti mengambilnya saya mengalami pendarahan yang sangat teruk. dan pada november 2020 saya cuba untuk mengambil semula pil berkenaan dan apa bila saya datang bulan pada januari 2021 saya mula mengalami pendarahan yang sama. disini saya ingin meminta nasihat dari doktor adakah ubat ini mempunyai tindak balas yang negatif kepada badan saya. kerana rakan saya juga mengamalkan pil ini tetapi tidak mengalami sebarang masalah. terima kasih doktor
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda boleh menjadi penyebab kepada masalah haid anda yang tidak teratur. Dan ia mungkin memberikan kesan sampingan kerana setiap manusia memberi tindak balas yang berbeza terutama pada ubat yang kita tidak pasti dos dan isi kandungannya.
Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

































