
ainamona95
5 tahun
Period berpanjangan Dan ubat sy nk mkn
Period da sebulan x berhnti.boleh ke saye mkn vitex dgn duspaston?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pola haid yang diluar batas normal juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal (abnormal uterine bleeding ). Apabila haid datang lebih lama dari 8 hari dalam kitaran haid, ia dapat dikatakan tidak normal. Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pengubatan, sebetulnya Vitex adalah merupakan sejenis suplemen sementara Duphaston biasanya digunakan bagi merawat masalah berikut:
- Sakit sewaktu haid
- Endometriosis
- Dysfunctional bleeding
- Premenstrual syndrome (PMS)
- Risiko keguguran
- Menopause
Bagaimanapun, sebelum dirawat, adalah penting untuk anda untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi. Namun, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.