
syamimiysya97
5 tahun
Period berpanjangan selama sebulan
Salam doc. Saya berusia 22 tahun. Sejak 5 tahun lepas saya mengalami period tidak teratur. Dalam setahun hanya 2 @ 3 kali sahaja saya period. Contohnya bulan Jan,Julai dan Disember shj dtg period. Tapi darah keluar macam biasa. Senggugut pun kira ok. X sakit sgt. Namun sejak tahun lps period sy lg TDK teratur. Cth bln 1,3,5,7 dtg. Selang selama sblm x dtg. Tp slps bln 7,bln 9 dtg pula. Hjung bln 9 sy period. 26/9-4/10. Bln 10, 9/10-19/10 dan sekali lg 22/10. Maksudnya bln ni dah 2 kali sy period. Kenapa ye doc? Sy ada mslh apa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.