
Anonymous
5 tahun
Period berpanjangan setelah berhenti pengambilan pil perancang
Saya berusia 33 tahun dan telah mempunyai 4 orang anak. Anak keempat berusia 5 tahun. Sebelum ini saya telah mengambil pil perancang (Regividon) sejak umur anak keempat 6 bulan. 2 bulan lepas saya bercadang untuk berhenti mengambil pil perancang. Bulan pertama period saya masih lagi teratur.Tetapi pada awal mei baru - baru ini period saya tidak berhenti sehingga hari ke 10 membuatkan saya mengambil semula pil perancang. 2 hari pengambilan pil, period saya berhenti. Walaubagaimanapun saya period semula setelah 2 minggu pengambilan pil perancang tersebut dan pusingan pil tersebut belum lagi habis. Soalan saya adakah ini normal bagi orang yang mengambil pil perancang keluarga atau ada masalah kesihatan yang lain kerana sebelum ini saya tiada masalah sebegini.
Mohon pencerahan Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil perancang adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahan mood.
Anda disarankan untuk teruskan mengambil pil perancang anda. Jika pendarahan tidak terhenti selepas 2 minggu, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk rundingan selanjutnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami untuk penjelasan yang lebih tepat secara peribadi. Terima kasih