Sulit
4 tahun
Period berpanjangan & tidak cukup 15 hari bersih
Hi. Saya seorang yg memang mengalami period panjang (mostly 13-15 days). The first 8 days usually mmg heavy/normal flow however masuk hari ke 9-15 period hanya akan keluar sedikit shj seolah2 secalit atau hanya keluar semasa buang air kecil. Namun, apa yg membimbangkan saya, bg org Islam, kita dikatakan perlu mempunyai 15 hari bersih sebelum next period but after observing my period schedule for about a year already, i just notice my hari bersih kadang hanya 13/14 hari. Some even lesser (dlm 12 hari). Tp period saya mmg consistent dr dlu & mmg usually period saya panjang (iaitu dlm tempoh 13-15 hari). Should i consult personal doctor about this? Or is this normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh anda dan doktor.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit perut
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Pucat
- Pitam
- Kurang bertenaga dan lesu
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Sukar bernafas
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami juga sarankan anda untuk merekod kitaran haid anda untuk menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakalah tempoh aliran atau pendarahannya pula adalah di antara 2 hingga 7 hari.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































