
ryhana81
4 tahun
Period berwarna merah coklat
Saya baru dua hari dtg period…tp period saya kali ini agak berbeza dari yg sebelum nya…kali ini period saya berwarna merah coklat dalam kuantiti yg tidak berapa banyak…ada kah saya ada masalah kesihatan sekira nya period saya dalam keadaan seperti itu berlarutan…biasa nya sebelum ini period saya hanya pada permulaan datang je akan berwarna merah coklat.lepas beberapa jam dia akan bertukar warna merah…boleh doktor jelas kan lebih lanjut apa masalah yg saya hadapi sekarang…ada kah ia membahaya kan kesihatan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah haid coklat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- fasa akhir haid
- kitaran haid tidak teratur
- fibroid rahim
- kesan pil perancang
- perimenopause
- kanser
- kehamilan
- keguguran
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.