Sulit
4 tahun
Period boleh makan ubat atau tak
hi dr… saya nk tnye skrang sye period pada hari ke 2 dan pada masa yg sama sye demam,selsema dan batuk… soalan sye ialah boleh ke sye makan ubat demam,selsema dan batuk semasa period? sbb sbelum² ni sye pnah mkn ubat tp period sye trus stop ke esokkan hari nye
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara umum ubat demam, selesema dan batuk tidak akan menimbulkan sebarang masalah terhadap kitaran haid anda. Jangkitan itulah merupakan salah satu punca yang boleh menjejaskan kitaran haid anda.
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat. Sekiranya ubat tersebut memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.