
Sulit
3 tahun
Period dah 2 minggu tapi masih belum stop
saya datang period pada 26/5/2021 tapi sampai ke hari 8/6/2021 masih period tapi darah keluar sedikit sahaja dan berwarna coklat.perlukah saya berjumpa dgn doktor pasal period saya terlalu lama.ini kali pertama saya mengalami period yang lama.sebelum ini tidak ada masalah seperti ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan melebihi 2 minggu dan berwarna coklat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor