
Anonymous
4 tahun
Period dan kebas tangan
Saya wanita berumur 22 tahun dan tangan saya selalu kebas kebas pada waktu malam tanpa sebab. Adakah ini disebabkan pemakanan atau masalah lain. Selain itu, period saya juga selalu tidak teratur. Buat masa sekarang sudah hampir 10 bulan saya tidak period. Dalam 6 bulan lepas saya ada diet dan berat berkurang sebanyak 10kg. Adakah ini menjadi faktor kenapa period tak datang? Sebslum ini juga saya memang ada masalah oeriod tidak teratur dan period akan datang jika saya ambil supplement seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Boleh saya tahu apa sebab kedua-dua perkara ini ya?

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang.Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabetes
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.