
Sulit
4 tahun
Period dan lupa makan pil perancang
Saya terlupa makan pil perancang selama 3 hari. .dan saya juga melakukan persetubuhan bersama suami. .tetapi pada hari ke 4.saya period. .sebab ia tak pernah terjadi sebelum ni

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Pil perancang kehamilan berfungsi mengawal hormon di dalam tubuh anda seolah olah anda hamil. Jadi ini mengelakkan persenyawaan berlaku sekiranya anda dan suami melakukan hubungan seksual. Namun begitu, sekiranya anda terlupa mengambil pil perancang, anda dinasihatkan untuk teruskan mengambil pil tersebut sebagaimana yang dinyatakan pada kotak dan menggunakan kaedah kontraseptif tambahan seperti meggunakan kondom. Oleh kerana kami tidak mengetahui jenis pil perancang yang anda ambil, nasihat lanjut tentang cara pengambilan ubat tidak dapat kami jelaskan.
Berkenaan haid yang datang walaupun anda terlupa mengambil pil dan telah melakukan persetubuhan, ia mungkin berlaku kerana tarikh haid anda telah sampai. Untuk makluman anda, ovum hanya dilepaskan pada pertengahan kitaran haid dan hidup dalam masa 24 jam sahaja. Sekiranya terdapat sperma yang hidup dan bersenyawa ketika itu, kemungkinan hamil adalah tinggi. Sekiranya sperma dilepaskan selepas ovum mati, maka tiada persenyawaan berlaku dan anda akan datang haid seperti biasa. Pengambilan pil perancang biasanya menyebabkan tiada ovum dilepaskan maka tiada kehamilan berlaku.
Anda dinasihatkan untuk mengambil pil perancang kehamilan anda seperti yang diarahkan. Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat masalah kesihatan yang lain. Terima kasih.