Sulit
4 tahun
Period @ Darah Haid Berpanjangan
Isteri saya mengalami darah haid @ period yang sangat berpanjangan. kami sudah berkahwin selama 1 tahun. sehingga sekarang saya & isteri masih belum lagi dapat bersama @ sex disebabkan period@haid isteri yang agak lama. Sekarang sudah masuk 2 bulan masih lagi period@haid keluar. boleh saya tahu macam mana saya nak bantu isteri saya dari segi medical checkup & nasihat dari doktor?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan encik, saya memahami isteri anda mengalami gejala haid berpanjangan. Kami memahami kebimbangan encik terhadap kesihatan isteri encik dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan encik, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, isteri encik digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

































