
Sulit
5 tahun
Period datang balik selepas seminggu- pd hari ke 14
Saya berusia 24 thn dan belum berkahwin…tempoh period saya biasanya selama 7 hari. Tetapi sejak kebelakangan ni , selepas tempoh 7 hari period, saya dapati ada darah keluar berwarna coklat kehitaman pada hari ke 14…perkara ni sudah berlaku beberapa kali pada saya. Adakah disebabkan oleh stress? Sebab saya dapati bila saya dalam keadaan stress, perkara tersebut berulang…boleh dr tolong jelaskan dengan lebih lanjut? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid berwarna coklat kehitaman yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.