Anonymous
6 tahun
Period datang waktu subur
Selamat pagi doc…saya berumur 32 tahun merancang untuk hamil, bulan ni saya period start 5 julai 2019 dan berakhir 10 julai 2019, tetapi start 19 julai 2019 period saya datang kembali dan hari ni hari ke-4 saya period…darah yang keluar tidak banyak seperti darah haid…hanya lendir bercampur darah, tiada tanda -tanda pms seperti sakit kepala, senggugut dan kembung perut…selama ni saya tidak pernah mengalami masalah seperti ini.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























