
Sulit
4 tahun
Period datg selepas amalkan acid folic
Hye doc, saya fika 23tahun sudah berkhawin hampir 1 tahun, saya nk tny doc ttg acid folic. Selepas berkhawin saya ad makan asid folic dn peroid saya lewat bilaa buat preg test negative. Then saya stop. Dalam bulan11 saya merancang utk preg jadi saya start makan asid folic 2hari sebelum ovulasi dn bersama suami pada hari ovulasi, setelah 2hari ada darah keluar selama 3hari. Kenapa yaa ? Mohon penjelasan doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, asid folik boleh menjadi penyebab kepada haid tidak teratur namun begitu terdapat juga perkara lain yang penyebab haid anda tidak teratur seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.