
Sulit
3 tahun
Period delay lepas C19
Sy mengalami masalah period delay & now dah masuk hari ke 9. Sy dijangkiti C19 pada 13 may dan supposed period cycle 28 days. Ada kaitan ke dgn C19?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai haid anda yang datang lewat daripada waktunya. Namun anda tidak perlu risau kerana kami akan membantu anda. Untuk pengetahuan anda, haid yang tidak teratur atau lewat adalah perkara yang lazim dialami oleh setiap wanita pada setiap peringkat umur.
Terdapat kajian yang telah dijalankan untuk mengetahui sama ada COVID-19 boleh mengganggu kitaran haid seseorang wanita dan keputusannya mendapati sebilangan kecil wanita mengalami gangguan kitaran haid tetapi punca mengapa ia terjadi masih tidak diketahui.
Ia juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain jauh lebih lazim yang boleh menyebabkan haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Tekanan dan stres
- Tahap keseimbangan hormon
- Mengambil pil perancang keluarga
Maklumat lanjut mengenai kitaran haid perlu diketahui dan anda juga perlu diperiksa dengan lebih teliti untuk menentukan punca haid lewat yang dialami oleh anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.