
Sulit
3 tahun
Period delay selepas vaksin
Normal kah selepas vaksin period akan delay… sy sudah bernikah. Masih menanti cahayan mata. Sudah lengkap dua dos vaksin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, perubahan period adalah kesan sampingan kurang umum selepas vaksin Covid. Selain daripada kesan sampingan vaksin, ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti kehamilan, stress, gaya hidup kurang atur, kesan penggunaan pil perancang, penyakit puan dan lain.
Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Berkenaan gejala haid lewat anda, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini