Sulit
3 tahun
Period,gastrik,buah pinggang bocor
salam doc.kalau period memang kencing berbuih ke??dan gastrik teruk ada kah boleh menyebabkan buah pinggang bocor.urine protein saya +++.tp after period kurang berbuih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kencing anda berbuih, antaranya adalah:
- kencing terlalu laju (buih akan hilang selepas beberapa saat)
- air kencing terlalu pekat
- dehidrasi
- kandungan gula darah yang tinggi
- gangguan buah pinggang
- air kencing bercampur dengan air mazi / mani
- ubat-ubatan
- kandungan sabun pencuci tandas
Buat pengetahuan tambahan, gastrik yang teruk tidak akan menganggu buah pinggang, namun boleh menyebabkan kesakitan yang akan menyebar keseluruh tubuh, sekiranya gastrik tersebut tidak dirawat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.