
Sulit
5 tahun
Period hanya setitik
Selamat mlm dr. Sy bernama devi. Umur 22. Bulan lepas baru sy mengandung gandungan x sampai 1 bulan 5 hari dan hati ke 6 tu dah gugur sendiri.check mmng xde dlm perut.perut dh kosong. Haid tak berapa banyak yang keluar. Pada 7 dcember ni sy kena period. Period sy keluar sikit je. Lepas tu dh berhenti. Blh katakan dlm 3 titik mcmtu. Sy keliru dgn keadaa sy. Blh membantu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaliran darah nifas, dan kebiasaannya berlarutan sehingga minggu keenam atau lapan selepas beranak/keguguran
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Trauma kepada bahagian kemaluan
- Tisu endometrium
Jika pendarahan tersebut bertambah banyak ataupun berlarutan, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.