
Anonymous
6 tahun
Period jarang datang
Sy wanita berusia 32thn. Belum berkahwin. Dr zaman sekolah period sy jarang datang. Kalau dtg , setitik dua. Tp lama. Selalu sakit perut (bukan ketika haid) . Tidak senggugut.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah ketidakaturan haid yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-ketidakstabilan hormon
-penurunan dan peningkatan berat badan yang ekstrim
-stress emosional
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih