
Sulit
4 tahun
Period,keguguran Dan kehamilan
Salam sejahtera sy berumur 38 tahun…Dan mengalami period yg tidak teratur. pada 5 okt 2020 sy disahkan mengandung…kalau Di ikutkan LMP 27 Jun 2020 kandungan mencecah 14 mggu lbh…tapi bila sy ke klinik kandungan baru nk msuk 5 minggu. Pd 10 hb okt 20 sy mengalami pendarahan sehingga 24 okt 20 Dan dktor sahkan kguguran lgkap. Sehingga skrg 9 Dis 20 sy tidak period lg.mcm mana sy nk tahu waktur subur sy dan sy nak mengandung kembali. Tq dktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang tidak teratur sejak mengalami keguguran pada bulan Oktober. Untuk makluman anda, seseorang wanita akan mengalami pendarahan secara semula jadi selepas keguguran selama tempoh lebih kurang seminggu secara purata. Kemudian wanita terbabit akan mengalami menstruasi tetapi haid tersebut akan terganggu sama ada cepat atau lambat kerana gangguan hormon.
Wanita mengalami haid pada awal atau lambat dari kitaran haid sebenar untuk tempoh tiga bulan atau tiga kitaran adalah normal, tetapi sekiranya melebihi tempoh tersebut mereka disarankan berjumpa doktor bagi mendapatkan pandangan dan rawatan.
Manakala untuk mengetahui waktu subur atau ovulasi, perlu diingatkan bahawa ovulasi tidak selalu berlaku pada hari yang sama dalam kitaran haid bulanan anda. Hari pertama tempoh anda dirujuk sebagai hari kitaran. Hari kedua tempoh anda dirujuk sebagai hari kitaran dua dan seterusnya untuk beberapa minggu akan datang. Wanita dengan purata 28-hari dalam kitaran, ovulasi biasanya berlaku di atau sekitar hari ke 14. Hari dalam kitaran haid tidak semestinya bersamaan dengan berapa hari dalam mana-mana bulan tertentu.
Terdapat 6 tips cara untuk cepat hamil, antaranya ialah:
- mengira kitaran haid anda
- menganggar waktu ovulasi
- mengamalkan gaya hidup sihat dan berat badan yang normal
- mengambil suplemen seperti asid folik
- tidak mengamalkan gaya hidup aktif yang terlalu berlebihan
- mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan ketidaksuburan.
Anda boleh baca lanjut tips tesebut di sini.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!