
Anonymous
5 tahun
Period Lagi selepas seminggu period
Saya wanita berumur 25 tahun dan mempunyai seorang anak berusia setahun. Lepas bersalin saya ambil pil perancang. Dan bulan ni saya stop makan pil perancang. Saya telah period pada 8 may dan berakhir pada 14 may. Pada hari ini 23 may saya telah datang period lagi. Kenapa ia boleh berlaku sedangkan baru seminggu saya period? Boleh doktor terangkan pada saya? Atau ia terjadi kerana saya terlalu tertekan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.