
natashaabu11
4 tahun
Period lama hingga hari ke 15
Saya 20. Perempuan. Belum berkahwin. Saya tk dtg period 3 bulan. Kemudian, 4/7 saya dtg period. Hari pertama keluar sikit, hari kedua tiada period kemudian darah keluar seperti biasa cuma pad tk penuh. Tapi period berlarutan sampai harini. Saya tidak mengalami heavy bleeding. Pad tidak penuh, tapi kenapa period sampai harini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2-8 hari. Kitaran haid yang tidak normal dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada keluhan anda, boleh dikatakan kitaran haid anda adalah tidak normal memendagkan jarak waktu haid sebelumnya dengan seterusnya melebihi 38 hari. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.