
Anonymous
5 tahun
Period lambat ada cyst
Bila period akan keluar sebab da 2bulan xdatang… Scan doktor cakap ada cyst… Berapa lama period akan kembali normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, disebabkan diagnosis cyst atau kista dalam ovari sudah diberikan oleh doktor anda, kitaran haid anda akan terganggu dan mungkin akan sentiasa lewat. Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.