
Sulit
3 tahun
Period lambat adakah kesan pil postinor 2
Isteri saya makan pil postinor2 dan period dia lambat dah 4 hari… Adakah ini kesan pil tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui sama ada gejala haid lewat yang isteri anda alami berhubungan dengan pil perancang kecemasan yang diambilnya. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan bertujuan untuk mencegah kehamilan jika diambil selewat-lewatnya 72 jam setelah hubungan seksual tanpa perlindungan. Kaedah pengambilan pil ini berkesan jika isteri anda didatangi haid seterusnya dan pendarahan haid kelihatan normal.
Secara amnya, masalah haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Namun, ia juga boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lebih lanjut tentang masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda. Sila hubungi pihak kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi