
Anonymous
5 tahun
Period lambat. Adakah susu boleh menjadi penyebab?
Saya wanita berumur 20 tahun. Kali terakhir saya period adalah bulan 4, 2.5.2019 adalah tarikh akhir period. Sepanjang bulan Ramadhan saya mengambil susu kurma untuk tenaga. Saya selalu perhatikan setiap kali saya minum susu apabila saya hampir tiba untuk waktu period, saya akan mengalami sakit pinggang dan senggugut yang teruk. Sepatutnya saya period saya dah keluar 7 hari yang lepas. Adakah susu boleh menyebabkan lambat period? Apa Yang patut saya lakukan sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.