
Sulit
4 tahun
Period lambat datang seminggu
Saya berumur 29 tahun seminggu lewat period lepas tu saya ada ambil pil sunolut untuk keluarkan period tapi saya dh makan semua 10 biji…dalam masa yang sama saya Ada buat upt tapi positif…Ada effect apa2 x dekat kandungan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kesan sampingan ubat tablet sunolut.
Terlebih dahulu, saya sangat tidak mengesyorkan pesakit mengambil ubatan sbegini tanpa keperluan yang betul dan tanpa nasihat Doktor. Hal ini kerana sunolut boleh memberi kesan sampingan kepada anda dan juga sekiranya anda di dapati hamil, tablet ini mungkin akan menjejaskan kesihatan janin. Namun begitu, melihat kepada keterangan anda, pil ini di ambil dalam masa yang singkat dan masih dalam kuantiti rendah, kemungkinan kesan sampingan itu tidak menjejaskan janin.
Namun demikian, saya sangat mengesyorkan anda untuk ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap kandungan anda kerana apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Setiap orang mempunyai daya tahan badan yang tersendiri dan kesan ubat juga berbeza mengikut individu.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.