Anonymous
7 tahun
Period lambat, kekejangan bawah perut
Saya wanita 20an, sudah berkahwin, ada retroverted uterus dan selalu senggugut sebelum period. Period saya sentiasa teratur tetapi period bulan lepas lewat 2 hari, bulan ni saya masih belum period dah lewat 5 hari dan baru-baru ni saya kerap rasa sakit seperti kekejangan di bawah perut. Adakah ini normal?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang lambat adalah diklasifikasikan apabila kitaran tersebut lewat daripada 32 hari. Kelewatan haid anda boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























