
Sulit
3 tahun
Period lambat lebih 3 bulan Dan Rahim tebal
Saya berumur 25 Dan baru sahaja kahwin bulan 2 ary tu…period sy last 1/5 …lepastu tarikh tu smpai sekarang dlm 3 bulan nak masuk 4 bulan period Saya Tak datang…Saya Ade cek doktor tengahan bulan 7 Hari tu doktor kata Rahim Saya tebal dalam 15 cm…Ade Tak Cara untuk merawat Rahim tebal Dan untuk kembalikan period seperti normal kembalo…mohon Bantu Saya ye tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, haid terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan sampingan penggunaan pil perancang
- Penyakit puan
Rahim tebal boleh disebab oleh ketidakseimbangan hormon, kegemukan, penyakit puan seperti PCOS atau ketumbuhan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.