
unlabel.kl
5 tahun
Period lebih 3 bulan
Hai saya mempunyai masalah period berpanjangan lebih 3 bulan darah haid nonstop.Kadang kala darah banyak kadangkala sikit.Saya perhatikan darah banyak biasanya dalam seminggu selepas itu darah kembali sikit pada hari berikutnya tetapi tidak berhenti sehinga kini.
Btw ukur saya 23 tahun dan masih bujang dan tidak pernah melakukan seks bebas.
Apakah masalah saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, puncanya harus ditangani dan didalam kes puan, ianya boleh disebabkan faktor seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.