Anonymous
6 tahun
Period lebih dari 14hari
Sy brumur 32tahun,start 28hb6.2019 period shingga 8/7/2019,keluar coklat2 shj,9/7/19-harini 10/7/19,kluar merah,dan berketul…n then sy rasa sakit di kemaluan belah kiri,bila buang Air kecil,rasa pedih…adakah berbahaya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Haid dikatakan panjang apabila melebihi 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sementara itu, rasa sakit dan pedih sewaktu buang air kecil boleh jadi kerana jangkitan saluran kencing, jangkitan buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor untuk masalah ini.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Alina Sofia
































