
suehaslieza
5 tahun
Period lebih dari 15hari
Sy bujang berusia 30thn.Sy alami period lebih dari 15hari…ape rawatan atau medical check up yang saya perlu lakukan… tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
- Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa), kebanyakan adalah disebabkan oleh gangguan hormone.
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau serviks
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Diagnosa punca pendarahan berlebihan adalah sukar kerana senarai punca yang panjang. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pihak kami supaya maklumat yang selanjutnya boleh diberikan sebelum kesimpulan dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Terima kasih.