
Anonymous
5 tahun
Period lebih daripada 20 hari
saya wanita yang mengalami haid yang berpanjangan slma 20 hari…adakah ini boleh menybabkan penyakit…seblum itu sya belum dtang bulan 3 blan…tpi setlh saya period.sampai skrng msh lg period…mahu sbln rasanya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, Sindrom Polisistik Ovari atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - Punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala tambahan seperti sakit perut, hilang berat badan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.