
Sulit
5 tahun
Period lewat 10 hari
Saya wanita berumur 24 tahun, belum berkahwin, tetapi pernah melakukan hubungan seksual. Kali terakhir saya pernah melalukan hubungan seksual adalah pada 16/9, dan pada 19/9 saya telah datang period seperti jangkaan dalam tempoh 8 hari. Tetapi pada bulan ini, period saya lewat 10 hari. Dalam tempoh tersebut, ramai yang menegur saya berat badan telah bertambah, pipi saya naik dan perut saya buncit sedangkan saya makan seperti biasa. Pada hari yang ke 11, period saya datang, tetapi tidak seperti kebiasaan kerana pada hari ke 4 period saya sudah tak berapa banyak dan kelihatan seperti mahu berhenti. Adakah saya patut pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini merupakan perkara normal memandangkan pil perancang ini merupakan pil hormon yang boleh mengganggu kitaran haid wanita. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berpanjangan, haid lewat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.