
Sulit
3 tahun
Period lewat 14hari . Ada apa2 ubat saya boleh ambil untuk lancarkan period saya
Saya berumur 22 tahun dan belum berkahwin … period saya lewat 14 hari . Ada apa2 ubat yang sy boleh ambil untuk lancarkan period saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kecedaraan ataupun luka pada kemaluan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti :
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Jangkitan kuman pada kemaluan
Oleh itu, anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini sebelum mengambil sebarang ubatan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi