
suhafik94
5 tahun
Period lewat 2 bulan
sy wanita berumur 25…mmpunyai seorang ank.sy brsama dgn suami sy sminggu skali…kami xde pkai prlindugn or ubt…stiap kli brsama suami sy akn buang dlm…sdh 2 bulan sy xdtg period…sy ingtkn sy mngandung…tetiba smlm sy dtg period…sy nk tnye…adkh sy xsubur atau sebaliknya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, untuk hamil sperma perlulah senyawakan ovum setelah ovulasi. Jika tidak maka anda tidak akan hamil. Anda boleh mengira waktu subur untuk bersama suami.
Kemandulan adalah diagnosis yang hanya boleh dibuat setelah konsultasi lanjut, pemeriksaan fizikal dan ujian.Kemandulan boleh terjadi kepada lelaki atau wanita atau kedua-duanya.
Kemandulan pula terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder. Definisi kemandulan adalah pasangan lelaki dan wanita yang melakukan persetubuhan secara kerap tanpa perlindungan atau menggunakan perancang keluarga tetapi tidak hamil melebihi tempoh satu tahun.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.