
Sulit
3 tahun
Period lewat 2 minggu dan opk positif
saya wanita berumur 25 tahun baru berkahwin dalam 5 bulan ,saya ada check opk 3 kali semua positif dua line terang tapi bila check upt negative…adakah kesuburan kita boleh berlaku jika period tidak datang?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, waktu kesuburan akan sukar untuk dikenal pasti jika seseorang wanita mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 14 kitaran haid, bukan hari terakhir. Sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada lingkungan tempoh ini, kemungkinan untuk hamil berlaku adalah tinggi. Namun sekiranya hubungan seksual berlaku bukan pada waktu ovulasi, tidak semestinya kehamilan tidak boleh berlaku, masih ada peluang untuk kehamilan berlaku.
Bagi mengesahkan kehamilan seseorang, anda bopleh melakukan ujian UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan. Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.