Sulit
6 tahun
Period lewat 3 hr,sy risau
hello doctr,sy ibu kpd 3 ank,ank no 3 sy br nk msuk 10m,(fully bf)mslhy period sy da lewat 3 hr,sy risau sy pregnant & sy btl² x ready & x nak pregnat lg.ada x ubat yg bole sy amek utk dtg period,sb sy da pg farmasi utk beli ubt tp farmasi x jual.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kitaran haid boleh berubah dan lewat atau awal beberapa hari, ia boleh menjadi satu perkara yang normal. Antara penyebab perubahan kitaran haid atau kelewatan haid selain kehamilan adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda disarankan untuk bersabar dahulu dan jika selepas seminggu haid anda masih tidak datang, anda boleh jalankan ujian kehamilan untuk kepastian. Jika anda tidak hamil dan masih tidak datang haid, sila rujuk masalah anda ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























