
Sulit
3 tahun
Period lewat 35hari dan kerap muntah
Saya 28tahun. sejak kebelakangan ni period saya tidak datang sejak 2bulan dan saya kerap muntah dan berasa dahaga walaupun telah minum air yang banyak. urine test terakhir negatif tapi hingga kini saya masih belum period. berat badan saya dalam masa 2bulan pun naik sehingga 65kg… kerap rasa lapar pedih uruhati.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sejak 2 bulan yang lalu, kerap muntah, dahaga, peningkatan berat badan, kerap lapar dan pedih ulu hati. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda disarankan untuk berbincang mengenai keadaan ini dengan doktor atau doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan